Friday, June 26, 2009

Perjalanan Ilmuku

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah

Hari ini saya ingin menceritakan berkenaan perjalanan ilmuku, insyaAllahutaa'la pada minggu depan saya akan berjumpa dengan penyelia projek, iaitu Prof. Dr. Mohd Sobri Takriff. Diharap projek ini dapat berjalan dengan baik dan dapat memberikan diri ini impak yang diingini seterusnya mempertahankan projek penyelidikan ini di hadapan panel Viva nanti InsyaAllah.

Saturday, January 31, 2009

Impianku & Siapakah dia?

Impianku ialah menjadi orang beriman
Disaluti rasa gerund dan takwa kepada Allah SWT
Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap islam
Solatku lambang maruah diriku
Ilmu sentiasa diburu, disebar dan diimarah
Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala
Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fisabilillah
Tidak takut berkata benar
Tidak pernah gentar melawan nafsu

Impianku ialah menjadi orang yang menjaga tutur kata
Tidak bermegah dengan ilmu di dada
Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan
Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sifat pemurah
Mempunyai ramai sahabat yang sentiasa bertambah

Impianku ialah menjadi orang yang sentiasa bersedia menjadi imam
Hidup di bawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah rasulullah
Mudah diajak berbincang dan berbicara
Sentiasa menundukkan pandangan
Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba
Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah

Impianku ialah peka dan opitimis akan masa yang sentiasa mencemburui
Mataku layu kerana rakus menelaah
Suaraku lesu kerana keletihan mengaji dan berzikir
Tidurku lena bertemankan cahaya keimanan
Bangunku subuh ibarat sang harimau kelaparan
Buah tahajjud dan air mata tangisan menjadi hidangan
Kerana usiaku lanjut meniti kematangan

Impianku ialah peringatan mati sebagai teman sejati
Kerana bagiku alam dunia adalah lading akhirat
Panorama kehidupan perlu dibajai dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal bercambah menjadi baka yang berkualiti
Meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian

Impianku ialah menjadi orang yang tak terlena dengan hambatan dunia
Kerana daku mengimpikan surga Firdausi
Di situlah rumah kekal abadi
Kerana aku ingin membawanya bersama
Siapakah Dia?

Dipetik dari laman Forum Komuniti Ukhwah.com

Thursday, November 13, 2008

Coretan 2 Rasa

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah

Berdetik-detik lamanya saya tidak menulis di laman coretan diari ini. Mulai saat ini saya akan menggunakan Bahasa Melayu Standad.

Baiklah untuk sekian kalinya, ingin saya coretkan perkara yang berlaku hari ini. Hari ini terdapat dua (2) situasi perasaan yang berbeza bagi saya. Perasaan yang gembira dan suram. Pertamanya izinkan saya mencoretkan ekspressi perasaan gembira.

Saya gembira kerana dua (2) perkara,

Pertamanya sahabat ukhwah saya akan bertukar status dari Bujang kepada Suami. Alhamdulillah, saya doakan segalanya lancar. Isterinya pula adalah bagi saya, saya anggap sebagai seorang adik kerana beliau sentiasa bercerita masalahnya dengan saya.

Perkara gembira keduanya ialah, berkaitan 'Journalist', ada seseorang akan menjadi 'Journalist' muda yang berbakat. Alhamdulillah, diharap segalanya akan berjalan dengan lancar. Dalam usia yang muda, sudah bermula bermain dengan pena. Saya teringat sepotong kata mutiara 'Mata pena lebih tajam dari mata pedang'. Signifikan pena dengan hal ehwal manusia amatlah besar. Sekali coretan boleh mengubah segalanya. Dari kawan kepada musuh dan dari musuh kepada kawan. Apa yang lebih penting sebagai seorang muslim, etika dan adab itu yang penting. Ditakuti sebarang kesilapan ilmu, kesan yang besar akan berlaku.

Apa-apapun, saya kagum dengan semangat beliau. InsyaAllahutaa'a titisan air yang menitis di batuan keras akan meninggalkan kesan lekuknya juga. Suka saya berkali-kali mengulang kata-kata semangat diri ini iaitu 'Berpegang pada tali Allah SWT, ianya tidak akan putus'

Seterusnya saya akan mencoretkan peristiwa sedih pula, tadi di pejabat saya telah ditengking oleh orang besar. Bukan tak pernah saya kena begitu, tapi sebagai seorang manusia, terkesan jugalah dihati ini. Siapa tak tersentuh bila ditengking. Apa pun adat bekerja, ada masa gembira dan tertekan. Ingin saya bercerita pada saat bermulanya saya bekerja dan baru bergelar pekerja, selalu sangat dimarah dan ditengking. Saya tidak pandai mengawal perasaan ketika itu. Tambahan pula saya ini seorang lelaki yang sememangnya berdarah muda, lepas kena marah saya akan tarik muka dan memberontak. Pernah sekali saya baling fail dan memarahi setiausaha Jabatan. Kasihan pula saya kenangkan kisah itu. Namun, kini saya sudah mula menyerap segala itu dan mengambil pengalaman darinya. InsyaAllahutaa'la, kali ini saya lebih terkawal.

Itulah serba sedikit kisah yang ingin saya coretkan untuk kali ini.

Monday, September 8, 2008

Usia tidak halang Dr. Norimah

NAMA Dr. Norimah Yusof, bukan lagi asing di kalangan masyarakat khusus mereka yang terlibat dalam bidang penyelidikan sains nuklear.

Menerima pelbagai anugerah dalam dan luar negara atas pencapaiannya, sudah cukup meletakkan diri wanita ini pada tahap membanggakan bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi juga wanita lain.

Kajiannya bukan setakat merangkumi bidang perubatan, sebaliknya graduan kursus biologi/genetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, turut mengembangkan ideanya dengan melakukan kajian penggunaan sinaran nuklear bagi bidang pertanian dan penyelidikan berkaitan.

Bagaimanapun, lebih ramai yang mengaitkan wanita berkulit cerah ini dengan kewujudan Bank Tisu kerana beliau adalah antara saintis yang bertanggungjawab menubuhkan bank tisu sulung negara ini untuk tujuan klinikal.

Bertemu dengan anak kelahiran Johor Baharu, Johor ini di pejabatnya, di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, beliau kelihatan begitu bersemangat dan bertenaga walaupun hakikatnya usia bakal mencecah 55 tahun pada September ini.

Bagi sesetengah individu seusia pasti membilang hari untuk melalui tempoh persaraan, tetapi tidak bagi wanita ini yang menganggap usia hanyalah nombor. Lebih penting adalah tahap keupayaan seseorang itu untuk terus memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

‘‘Insya-Allah, jika Tuhan memberi keizinan, kesihatan dan akal fikiran yang sihat saya akan terus memberi sumbangan,’’ ujarnya memulakan perbualan sambil memaklumkan beliau hanya akan bersara dalam tempoh tiga tahun lagi iaitu pada usianya 58 tahun.
Keputusan tersebut diambil selepas berasakan masih banyak lagi usaha-usaha terutama penyelidikan dalam bidang sains nuklear perlu diterokai.

Apalagi katanya, negara masih agak jauh ketinggalan khusus dalam bidang sains nuklear berbanding negara-negara lain.

Wanita cemerlang

Ditanya mengenai apa yang difahami dengan maksud wanita cemerlang, beliau menegaskan: “Apabila seseorang itu berupaya memberi sumbangan kepada masyarakat, itulah yang dikatakan cemerlang.’’

Menyingkap sejak awal penglibatan beliau dalam dunia sains, daripada sekadar penyelidik biasa di Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (Puspati) (kini Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear (Mint)) pada 1977 sehinggalah beliau menjawat tugas Pengarah Bahagian Agroteknologi dan Biosains.

Sambil mengakui, sebahagian jati dirinya banyak dipengaruhi kedua ibu bapanya yang menekankan sikap terbuka dalam mendidik anak-anak.

‘‘Ayah lebih menggalakkan kami agar menceburi bidang yang mencabar, termasuk sains. Manakala ibu pula sering mengingatkan anak-anaknya, tiada apa yang tidak boleh dilakukan di dunia ini,’’ ujarnya yang turut menanamkan sikap sama dalam mendidik ketiga-tiga anaknya, iaitu Alif, 21, Annina, 20 dan Alinasya, 12.

Atas dorongan itu jugalah, Norimah memulakan hasrat murninya dengan menanam minat mendalam terhadap bidang sains dan matematik sewaktu di sekolah menengah.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian di UKM dalam bidang genetik sehinggalah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kelas Pertama pada 1977.

‘‘Walaupun mendapat tawaran menjadi pensyarah UKM, saya terpaksa menolak kerana hati dan minat saya lebih terarah ke bidang penyelidikan. Ketika itu, nak jadi penyelidik terpaksa melanjutkan pelajaran tetapi secara kebetulan Puspati mencari pegawai dan mungkin rezeki, saya diterima,’’ katanya mengimbas kenangan lalu.

Beliau kemudiannya dihantar menyambung pelajaran peringkat sarjana di University of London dalam bidang Biologi Radiasi.

Ini diikuti dengan peringkat doktor falsafah pada 1982 dalam bidang Penyelidikan Barah/Biologi Radiasi di University of Dundee, United Kingdom.

Projek pertamanya di Agensi Nuklear Malaysia adalah menggunakan sinaran terhadap beras bagi membunuh kuman dan serangga bagi tujuan penyimpanan stok lebih lama.
Selain itu, Norimah turut menghasilkan lebih 30 penerbitan lain berkaitan nuklear dan 2 paten .

Namun, di sebalik tugasnya sebagai saintis, beliau turut mengakui masih ramai yang tidak faham mengenai teknologi nuklear yang sering dikaitkan dengan keganasan seperti bom atom. Sebaliknya, ia untuk tujuan yang lebih besar iaitu dalam perubatan, industri, sekitaran mahupun pertanian.

Beliau juga mengakui selain terpaksa menghadapi pelbagai halangan demi mengangkat bidang sains ke tahap membanggakan, mengorbankan masa untuk diri sendiri juga antara cabaran yang terpaksa dihadapi sepanjang karier yang diceburi.

Berkongsi rahsia kejayaan, kata Norimah tiada apa yang istimewa kerana apa yang dilakukan adalah bersandarkan minat, semangat dan ketekunan.

‘‘Saya juga manusia biasa, cuma minat dan tahap keinginan sahaja yang membezakan saya dengan orang lain,’’ ujarnya sambil mengakui selain rakan-rakan sekerja, sokongan keluarga terutama suami, Dr. Ramli Othman, 55, antara tunjang kepada kejayaannya.

Ditanya mengenai harapan dan perancangannya pada lima tahun akan datang selepas bersara, kata Norimah jauh di sudut hatinya tetap ingin terus memberi sumbangan dalam penyelidikan sains nuklear terutama dalam bentuk tulisan dengan menghasilkan penulisan jurnal atau buku.

Lebih membanggakan sekiranya hasil penyelidikan terutama yang telah dipatenkan dapat di komersilkan dan boleh menembusi pasaran global.

Friday, September 5, 2008

Kenangan di Kolej 14 UPM

Teman teringat kenangan2 di Kolej Kediaman Ke 14 UPM dulu. Teringat dengan kawan2 satu tika dulu, sekarang yang masing2 sudah bekerjaya dan bekeluarga. Antaranya Azhani dan Noris, 2 insan wanita kawan teman di Kolej dulu. Teman mengenali 2 orang insan ini semasa teman menjoinkan diri untuk menjadi fasilitator kolej untuk pelajar baru. Teman telah diletakkan sekumpulan dengan Azhani dan Noris. Noris sebenarnya tua setahun dari teman dan dia jadi Ketua kumpulan kami. Teman dan Azhani adalah anak2 murid Noris. ehehehehe

Terkenang masa minggu kursus kepimpinan, yang dibuat kat dalam Hutan, erm lupa lah hutan mane, kita mempunyai peluang untuk mengenali dengan lebih rapat. Azhani seorang yang lembut dan manje. Manakala Noris nampak ganas tapi penakut. ehe..
Susah dan senang kena ragging dalam hutan dihadapi bersame. sama2 kene rendam dalam sungai, sama2 kene tengking.

Azhani lebih rapat dengan teman, dia suka menceritakan kisah dirinya kepade teman. Maklumlah anak tunggal, seronok teman berkawan dengan dia. Melangkau jauh masa, kini Azhani telah menjadi seorang guru dan telah bekeluarga dan ada seorang baby puteri comey yang bername Tasnim, manakala Noris baru bersalin bulan Jun yang lepas, lupa plak name anaknye, tapi seorang puteri juge. Noris adalah pelajar siswazah UPM dan baru menghabiskan Masternye, dan tengah bersiap untuk ke UK untuk meneruskan PhDnya. Nampaknya puteri Noris akan membesar di UK. Alhamdulillah kawan2 teman hidup dengan bahagia sekali, diharap kalian bahagia seakhirnya....

Surat

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah.
Ramadhan Karim

Di sini teman ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kalian semua. Diharap Ramadhan kali teman buat yang terbaik.

Pada hari kedua ramadhan, teman telah menerima sepucuk surat yang tertulis Urusan Seri Paduka Baginda, hehehe berurusan dengan Agong tu...erm, teman menerima surat dari Kerajaan. Permohonan teman sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang berdaftar telah diluluskan, alhamdulillah. Sila ambil surat di JKKP Ipoh, dengan ini secara rasminya teman telah menjadi seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang bertauliah dan berdaftar. Teman telah memperolehi buku hijau, buku kekuasaan seorang pegawai ehe....

Kalo diikutkan orang yang telah memperolehi buku hijau ini boleh 'demand' gaji berganda2 bila memohon kerja lain di sektor swasta. Lebih2 lagi dalam industri minyak dan gas, kalo yang berpengalaman lebih sepuluh tahun gaji tak kurang RM 14 000 hingga RM 60 000; ikut syarikatlah. Tapi teman bukanlah orang yang berpuluh tahun pengalaman dan teman juge bukan mata duitan. Teman nak kerja yang sesuai dengan idup teman ini dan teman bukannye nak idup sorang2, nanti nak kawin gak. Ape gune duit banyak tapi duk kat padang pasir, ape gune duit banyak kalo duk kat tengah laut dan sebagainya. Sian kat Isteri dan anak2.....

Mengikut senarai semak diari idup teman, terutamanya dalam jurusan kemajuan kerjaya, 3 item telah disemak dan berjaye, tinggal beberape lagi untuk ditunaikan.

Friday, August 8, 2008

Rentetan Kejayaan

KAMI pernah bertemu sebelum ini iaitu kira-kira tiga tahun lalu. Pada masa itu, Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao yang penulis temui masih menuntut di Kolej Uniti, Port Dickson, Negeri Sembilan dan sedang mengikuti kursus peringkat Diploma Pengajian Islam (Syariah).

Namun sepanjang tempoh itu hingga kini banyak perkara yang membanggakan berjaya dicapai dan dibuktikan oleh anak kedua daripada enam adik-beradik ini yang memeluk Islam pada 11 Oktober 1995.

Terbaru, paling mengejutkan penulis ialah apabila gadis kelahiran negeri Perlis Darul Sunnah ini dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja sekali gus dianugerahkan Pingat Jasa Cemerlang (PJC) pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kali ke-35 yang berlangsung pada Ogos lalu.

Kejayaan ini turut dibanggakan warga Fakulti Pengajian Islam, khasnya dan warga UKM amnya kerana beliau merupakan graduan ulung berbangsa Cina yang tamat pengajian dengan Sarjana Muda Pengajian Islam dengan kepujian yang melayakkannya mendapat Kelas Pertama, seterusnya mencipta sejarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Sungguhpun berjaya merealisasikan harapan ketua jabatan, para pensyarah, keluarga angkat dan teman-teman seperjuangan serta yang paling penting, iaitu membuktikan keupayaan diri, namun misi perjuangan Nur Athiroh, 32, tidak terhenti di situ sahaja. Hakikatnya, kejayaan yang dikecapi ini dijadikan pemangkin semangat meneruskan perjuangannya sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum dan khidmat masyarakat.

Lantaran itu, Nur Athiroh kini sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Malah beliau juga berazam menamatkan pengajian yang sepatutnya selama dua tahun kepada satu setengah tahun sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Yarmouk, Jordan.

Selepas meraih kejayaan cemerlang pada konvokesyen UKM baru-baru ini, Nur Athiroh menerima banyak pelawaan dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk terus melanjutkan pengajian peringkat PhD di universiti mereka namun UKM tetap menjadi pilihannya. Malah akui Felo di Kolej Dato’ Onn UKM ini lagi, dia juga baru selesai melalui sesi temuduga sebagai tutor di Fakulti Pengajian Islam, UKM, semalam.

“Saya benar-benar bersyukur kepada Allah dengan apa yang diperoleh baru-baru ini. Segala kepayahan dan cabaran yang terpaksa dihadapi terubat juga akhirnya. Pada awalnya, saya tidaklah meletakkan matlamat terlalu tinggi.

“Sasaran saya pada mulanya, hanya bertekad memperoleh Kelas Pertama. Alhamdulillah, sungguhpun saya menolak tawaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir selepas menamatkan pengajian di Kolej Uniti, rupa-rupanya setiap sesuatu itu mempunyai hikmah, yang mana Allah Lebih Mengetahui,” jelasnya.

Selama tiga tahun pengajian di UKM, beliau sentiasa tanamkan keazaman, komitmen serta menyambut cabaran para pensyarah untuk terus merebut peluang yang ada. Biarpun sukar tetapi Nur Athiroh berpegang kepada formula gabungan usaha, doa dan tawakal, pasti menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Malah formula ini jugalah yang ditanamkan dalam setiap aspek kehidupan dan ia tidak pernah mengecewakannya.
Sokongan

“Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang. Begitulah juga dengan kejayaan saya ini. Ia tidak mudah dicapai namun saya percaya di mana ada ikhtiar, kesungguhan, komitmen dan sokongan semua pihak, insya-Allah kejayaan menyusul.

“Sebagai Muslim, kita punyai senjata yang paling berkesan iaitu doa. Keyakinan itulah menjadi saya tidak pernah berhenti mengharap kepada-Nya,” kongsi Nur Athiroh yang pernah mendapat Anugerah Al-Biruni iaitu Anugerah Khas pada majlis konvokesyen Kolej Uniti serta empat kali dianugerahkan Pelajar Cemerlang Akademik.

Menurut anak muda yang mahir menguasai lima bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, Arab, Inggeris dan Thai ini lagi, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada pelbagai dugaan hidup. Yang pastinya, setiap cabaran yang mendatang itu mengajar erti kemanisan iman serta lebih menghargai nikmat Ilahi.

Malah kata Nur Athiroh, surah al-Mukminun ayat 62 wajar dijadikan pegangan kepada semua umat Islam yang bermaksud: Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya... Akuinya lagi, apa juga masalah yang dihadapi menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah serta sentiasa mengharap kepada-Nya.

Berkongsi rahsia dan falsafah kecemerlangannya, kata Nur Athiroh, belajar daripada guru-guru yang pernah mendidiknya, selain berpegang kepada ajaran al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w.
“Niat yang suci dan ikhlas kerana Allah s.w.t. perlu ditanam dalam setiap dimensi kehidupan khususnya niat belajar dan berkhidmat kerana Allah bukan bermatlamat untuk lulus peperiksaan semata-mata. Di samping itu, bagi saya masa yang diperuntukkan 24 jam itu memang mencukupi sekalipun kita aktif dengan pelbagai bidang.

“Formula saya mudah; empat jam tidur, enam jam berpersatuan, 12 jam akademik dan selebihnya untuk khidmat diri. Alhamdulillah percaturan ini tidak pernah menghampakan saya,” katanya dalam pertemuan di pejabat Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, baru-baru ini.

Mengenai perancangan masa depan, spontan jawapannya iaitu bergelar pendakwah serta memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya. Akui Nur Athiroh, minat dalam bidang dakwah mula berputik sewaktu mula menjejakkan kaki di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, UKM. Semenjak itu, barulah dia menyedari akan kepentingan setiap daripada kita untuk menyampaikan dakwah biarpun sepotong ayat.

Malah bagaimana perjuangan serta kesabaran Rasulullah s.a.w. menyampaikan dakwah sehinggakan sanggup menerima pelbagai penderitaan, sentiasa menjadi kekuatan buat Athiroh terutamanya menyampaikan dakwah kepada ahli keluarganya sendiri.

Pesanan Nur Athiroh kepada golongan mualaf, mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam serta golongan muda Muslim, agar sentiasa mengingat tanggungjawab sebagai Muslim di atas muka bumi ini. Selain itu, berpegang teguh dengan peranan masing-masing iaitu yang paling penting seruan menuntut ilmu.

“Walau dalam keadaan apa sekalipun, sama ada susah atau senang, kita mesti tanamkan dalam diri untuk menuntut ilmu.

“Dengan bekalan ilmu inilah akan memantapkan keimanan serta menjadi benteng apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kita juga perlu sentiasa bergaul dengan mereka yang berakhlak baik serta kena bijak memilih kawan,” akui Nur Athiroh yang sedikit tertekan dengan harapan menggunung semua pihak tetapi perasaan itu sentiasa dijadikan kekuatan untuk terus bergerak maju mencapai kecemerlangan sebagaimana saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu melahirkan modal insan yang memiliki personaliti unggul.

Nur Athiroh juga sentiasa mengamalkan qiamullail setiap malam, solat sunat Dhuha, membaca al-Quran, mengekalkan wuduk sepanjang hari, menghormati dan beradab dengan guru-guru, mengasihi yang tua dan muda serta membantu insan yang memerlukan sehingga kadang-kadang mengorbankan kepentingan diri.

Berkongsi kisah penghijrahan akidah yang diharungi Nur Athiroh, semuanya tercetus apabila dia bertemu dengan sepotong ayat yang bermaksud: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (az-Dzariyat: 56)

“Saya temui ayat di atas semasa membelek Tafsir al-Quran di rumah teman rapat bernama Nazhadatul Shima. Pada masa itu, banyak masa santai saya habiskan di rumahnya kerana di situlah saya berpeluang membaca buku-buku berkaitan agama Islam.

“Apatah lagi, saya memang seorang yang digelar ulat buku. Kebiasaan ini terbawa-bawa sehingga sekarang kerana saya tahu masa amat berharga,” katanya.

Di samping itu, faktor persekitaran dan pergaulan dengan masyarakat Melayu turut melahirkan bibit-bibit kecintaannya terhadap agama Allah Yang Esa ini.

“Boleh dikatakan 50 peratus penduduk di kediaman saya adalah masyarakat Islam. Secara tidak langsung, mendedahkan saya kepada budaya Melayu dan agama Islam itu sebati dalam kehidupan zaman kanak-kanak hinggalah dewasa,” katanya yang turut terpengaruh dengan perwatakan baik Ustazah Aspiah yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam.

Akui Nur Athiroh lagi, perbandingan antara agama Islam dengan agama asal apabila semakin meningkat dewasa, merupakan kemuncak keyakinannya kepada Islam.

“Saya pernah utarakan kesangsian tersebut kepada emak dan ayah tetapi jawapan mereka begitu mengecewakan, malah apabila mereka syak yang saya mula berjinak-jinak dengan Islam, saya telah dimarah dan dipukul.

“Semenjak itu, saya semakin tidak betah duduk di rumah. Langkah nekad saya ialah dengan mengatakan saya terpaksa mengikuti kursus di Kuala Lumpur, padahal saya telah ke rumah keluarga angkat di Kelantan dan di situlah saya melafazkan syahadah,” katanya mengakhiri perbualan pagi itu.

Saturday, August 2, 2008

Rahmat Ujian

Ku dedikasikan lagu ini untuk diriku:

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Monday, July 28, 2008

Bertemu lagi

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah,

Berjumpa lagi kita...

Dan kali ini dalam edisi bulan Rejab dan Julai. Sepanjang hidup teman kebelakangan ini adalah ketenangan. Teman katekan ketenangan kerana teman dapat rasakan hati teman tenang. Teman dapat menguasai dan mententeramkan diri teman ini dengan segala pancaroba yang melanda. Walaupun teman kadang2 teman rasa tewas. Teman tetap dengan azam teman, teman bukan baru lagi dilanda pelbagai dugaan ini.

Lama kelamaan, diri teman ni dapat menguasai segala pancaroba dan halangan yang melande. Kadang2 rase tewas tu memang terasa, tapi teman kuatkan azam teman. Gagal sekali bukan gagal selamanye, gagal 2 kali bukan gagal selamanye. Berpegang pada tali Allah SWT ianye takkan putus. Always looking forward.

Komputer teman bermasalah sekarang. Projek Kelab Semut Ukhwah terkendala seketike. Teman dah format komputer, tapi rosak lagi. Teman format lagi dan bile nak install windows baru ianye tak dapat. Sekarang teman tak dapat buat ape2 lagi. Dugaan...dugaan....
K tu je kali ni...

Sunday, June 8, 2008

Berkaitan Hati

Semase teman melayari Ukhwah.com, teman membuke satu topik yang diberi name 'Ikhlilat'. Setelah teman bace2 teman mule sedor teman banyak buat silap dan dose. Teman dah sedor sejak dulu, cume meringan-ringankan saje mengenai isu ni. Sekarang ni teman nak cube sedaye upaye untuk mujahadah. Sesuatu yang berkaitan dengan hati ni amat sukar untuk diharungi. Kerene hati sesuatu yang tersemat dan tertanam di dalam badan. Amat sebati dengan diri ini,tiada hati maka tiadalah jiwa. Hati perlu dipandu dengan seeloknye agar ianya tidak tersesat. Hati perlu diajar dan diurus dengan baik agar ianye tidak memberontak. Bile hati dah memberontak, jiwa pun sakit. Jadi apekah makanan hati? Hati perlu diberi makanan yang betul agar tidak ianye sihat dan dapat dipandu dengan baik.

Sesungguhnye Islam itu lengkap dan amat melengkapi. Kite ikut islam insyaAllah hidup akan teratur dan hati dapat dipandu. Berpeganglah dengan tali Allah SWT, kerene bile berpegang dengan tali Allah SWT ianye tidak akan putus. Dan jangan pula lepas.

Berbalik pada isu Hati ini, sememangnye jiwa ingin dikasihi dan menyayangi adalah asam garam, gule dan halwa hidup manusia. Malah lebih kuat bile bergelor remaje dan dewase kerene keinginan untuk dikasihi dan disayangi lebih kuat. Bile mencecah umur pertengahan dewase, perasaan menyayangi pule mule menampakkan diri dengan lebih jelas kerene dengan adenye pengaruh anak2.

Sekian coretan pendek mengenai Hati.

Ceritera Cuti-Cuti

Salam semue,

Pade Sabtu dan Ahad yang lepas (7-8 Jun 2008) teman telah ke Kepala Batas, Pulau Pinang untuk mengantor adik teman, Nurul Huda ke sane. Tujuannye adelah untuk eskot kerete Huda ke sane. Dia bawak kancil, teman ikut dari belakang. Tapi yang mandu kerete Huda tu ayah, Huda duk sebelah je. Teman mandu kreter teman. Perjalanan lebih kurang 2 jam je sebab tak jauh sangat.

Lebih kurang pukul 1100 lebih nak dekat kul 1200 kite pun sampailah. Mula2 pergi ke rumah sewa yang baru Huda. Buat pengetahuan Huda pindah ke rumah sewa baru sebab rumah sewa yang dia duk dengan ustazah Mesir tu rumah dia bleh 3 orang je. Jadi Huda dan kawannye kene cari umah lain supaye deme dapat duduk berdua.

Selepas gi tengok2 rumah barunye, bertolak pule ke rumah sewa yang ustazah Mesir tu untuk mengambil barang2 yang masih ade disane. Tika itu rumah itu kosong sebab ustazah Mesir tu gi kursus, tinggal kereta dia je. Huda pun masuk rumah dan ambil2 barang2 untuk dibawe ke rumah sewe barunye.

Sejurus beberape tika, kawan Huda pun sampai dengan keluargenye. Kawan Huda tu namenye Siti Zainab, orang Perak gak. Dia datang dengan dengan bawa lori sebab nak bawak motor dari sane. Disamping itu ayah, mak dan adik2nye juge datang dengan kerete kancil. Jadi mak, ayah pun berkenai2 dengan keluarge Siti Zainab ni.

Lepas itu, kiteorang semue keluo dulu nak membeli belah ape yang masih tiada di pekan Kepala Batas. Nak beli tikar, nak beli itu nak beli ini dan sebagainye. Ape yang teman perhatikan kat pekan Kepala Batas ni, ramai sungguh peniage melayu. Macam kat Kelantan pule. Kedai2 busana banyak sungguh, macam2 jenih jubah muslimah ade. Mak teman beli satu, jadi sape2 nak beli jubah yang cantik2 meh la datang ke sini.

Teman dan keluarge bermalam di rumah baru Huda, ye la mak nak rase tido kat rumah baru tu sambil2 sembang dengan anak perempuannye. Malam tu teman tak tido lena sebab nyamuk banyak. Tapi selesalah duk kat rumah tu. lengkap semue ade tuan rumah tu sediakan. Ade mesin basuh, ade dapur, ade peti ais dan sebagainye.

Keesokkan Harinye (hari Ahad) bersiap dulu untuk gi sarapan kat warung depan sane. Teman suke suasana kat sini, memang terase kampungnye. Pakcik makcik, anak2 kecik ade...Seronok sungguh. Lepas sarapan keluor gi Pekan kejap untuk cari2 barang Huda lagi.

Lebih kurang kul 1000 mak, ayah dan teman nak balik dah. Macam biase mak dan ayah cakap2 dengan Huda, teman tak dengor ape dia cakap. teman duk jauh tengok2 kerete teman ni. Mak peluk cium Huda, lepas tu kawan Huda Siti Zainab tu pun ade. Sebab tu lah teman duk jauh sebab segan le duk dekat sane. Lagipun Siti Zainab tu satu Universiti dengan teman, tapi dia mude setahun dari teman, sebaye Huda.

Lepas sesi peluk cium, bertolak lah kiteorang....

Tapi bukan untuk balik terus, kiteorang nak ke Bagan Benggali untuk ke rumah sedara kat sini. Ade majlis pertunangan. Alhamdulillah, dapat gak teman kenai kerabat teman kat Utara ni. Kat sini gebang utara plak. Ingatkan nak singgah kejap je, tapi terpakselah tunggu sampai habis majlis. Teman dapatlah kenai2 dengan kaum kerabat teman kat sini, comey2 semue kerabat teman ni, patutlah nak bernikah awai. Oh ye, yang bertunang ni cucu tok cik teman- Allahyarham Tok Ajit (Salah sorang tok yang hebat bersilat). Name yang bertunang tu Siti Fairus, comey budaknye. Dan yang lelakinye Mohd Fairus, orang Tepeng (Taiping) Perak. Name same plak diaorang ni.

Teman merase juge jadi orang yang duk mesyuarat keluarge kedua belah pihak, bincang2 tentang belanje, tarikh dan pelbagai lagi. Setiapnye ade persetujuan agar tidak menyusahkan mane belah pihak. Alhamdulillah. Tarikh hari langsungnye 25 Disember 2008ni.

Diakhiri majlis ini dengan tahlil dan doa selamat. Selesai majlis, kiteorang pun nak beransur pulang. Salam2 dengan keluarge belah sini dan bertolak pulang.
Pengalaman dan pengajaran yang teman dapat dari majlis ni, dapat mengenali kaum kerabat teman, dapat jadi orang besor majlis perbincangan hehehehe, gurau je. Teman duk mendengor je ape yang deme bincangkan tu.

Kiteorang sampai ke Sitiawan lebih kurang kul 1800 petang. Singgah umah Ayah andak plak. saje je singgah untuk berjumpe sedare mare. Teman nak jumpe Ahmadi sebenornye, dah lame tak jumpe, nak dengor criter dia yang dia dapat tawaran jadi cikgu kat salah satu kolej komoniti kat Kepala Batas gak, apasal semue ke Utara ni? Ahmadi dalam dilema sekarang ni, dia sekrang duk kursus cikgu kat Terengganu, cikgu lepasan Ijazah, ade 6bulan lagi nak abis, bulan depan nak posting ngajor dah. Tibe2 pule rezeki sampai surat tawaran mengajor kat kolej komuniti. Jadi nak pilih mane satu, sebab keduanye dari Jabatan Kerajaan yang lain. Hari ini (Isnin 9 Jun 2008) mereke ke Putrajaya untuk menguruskan hal ini. Harap2 semuenye selesai.

Sambil2 sembang dan minum petang, ayah andak, mak andak macam biaselah selalu tanyekan tentang bile nak kawin...erm
Selesai bersembang, kiteorang pun balik lah. Kat umah mandi2 bersiap nak mengaji. lepas tu gi surau bersolat magrib dan isya' dan solat hajat. lepas tu tido...

Begitulah serbe sedikit ceritera sepanjang 2 hari mase cuti ni. Alhamdulillah

Thursday, June 5, 2008

Coretlah lagi...

Assalamualaikum wbt.

Bertemu lagi kite disini, hari ini 6 Jun 2008 di pagi yang damai tapi panas dek terasekan kenaikan harge minyak. Sungguh tidak disangke minyak naik setinggi ini pade mase belum redanye lagi isu pilihanraye yang lalu yang menyebabkan BN kalah teruk. Adekah ini tande2 zaman kegemilangan Malaysia suram? tandenye kerajaan baru dibentuk? erm, teman sentiase perhatikan dari jauh. Orang kate, dunia ini ibarat roda, sejarah mungkin berulang.

Baiklah, teman tak mau bercakap panjang mengenai minyak ni. Keadaan teman sejak beberape minggu ni kurang sihat. Teman telah ambik 2 hari MC dan datang kroje pun tak semangat. Produktiviti menurun ehe. Mase sakit2 ni kene pergi klinik, biaselah bile pergi klinik mesti ade ubat. Aduh, teman bab ubat ni memang susah. Teman sejak kecik lagi tak suke makan ubat sampai mak dan ayah kate anak yang susah makan ubat adalah teman, adik2 semue bleh je makan ubat. Bukan sebab takut, tapi entah le...

Minggu ni minggu cuti sekolah, adik2 teman semue ade kat umah kecuali sorang yang blajo kat Port Dickson. Yang UTP, skolah, UTM semue ade. Memang meriah le rumah dengan deme ni. Deme kalo ade rumah bising dan seronok, bleh gaduh2. TV kat umah tu sampai awal pagi pun menyala lagi sebab adik tengok tv, biaselah astro ade 24 jam. Macam2 criter yang best ade, kalo bab bola tu lagi lah. Musim Euro 2008 dah nak dekat dah. Bermule malam ni bermulalah perasmian perlawanan Euro 2008. Adik teman Fikri memang minat dengan bola sangat. Dia lah yang tengok tv sampai tengah2 malam ni. Kat komputer pun game bola je dia main. Teman pun minat bola gak tapi tak fanatik sangat. Euro 2008 ni teman sokong pasukan Espanyol.

Thursday, May 29, 2008

Diari Rutin Hari Ku

Di sini teman cuba senaraikan diari rutin hidup teman seharian. Diari rutin harian teman bermaksud, segale aktiviti yang teman lakukan setiap hari atau bleh dikatekan macam dah jadi tabiat/perangai teman. Baiklah, hidup teman bermule seawal pukul 0400Hrs, teman akan bangun, siap2 mandi dan berqiamulail; solat tahajjud, solat hajat dan berzikir dan bertafakur hingge ke azan subuh. bile kedengaran azan Subuh, teman akan bersiap untuk solat subuh. Selesai solat, teman akan bersiap2 untuk pergi kroje. Teman gi kroje tak smart macam orang lain, teman pakai T-shirt je dan seluor biase. Tak pernah pakai tali leher dan baju kemeje ehehe.

Selepas bersiap ala kadar, lebih kurang kul 0600Hrs, teman akan pergi ke ruang tamu dan baring di sofa panjang sekejap, teman tidor kejap lebih kurang setengah jam. Pukul 0620Hrs lebih kurang, teman akan gi ke dapur untuk sarapan, dan sementara itu juge teman menghidupkan enjin kerete untuk panaskan enjin. Lebih kurang pukul 0630Hrs, teman akan mule bersiap pakai kasut untuk bertolak ke tempat kroje. Teman keluo gi kroje seawal pukul 0630Hrs. Disamping memandu di subuh hari, teman dengo radia IKIM.fm, teman setiap hari dengo Tafsirul Quran oleh Ust. Zahazan Muhamad. Seronok teman dengornye. Teman sampai ke tempat kroje lebih kurang pukul 0650Hrs. Teman adalah orang pertame sampei ke ofis.

Sampai2 di ofis teman akan bukak komputer, bukak penghawa dingin dan rehat2 jap, lepas tu teman akan mule menyemak e-mail dan melayari internet, biasenye bukak Ukhwah.com. Lebih kurang pukul 0800Hrs teman pun mule bekroje. Dipendekkan ceriter, teman abis kroje kul 1700Hrs, tapi biasenye teman akan keluo ofis kul 1720Hrs ataupun 1730Hrs.

Sesampai di rumah, teman akan makan petang dulu, kemudian solat Asar dan kemudian rehat kejap sampai pukul 1900Hrs. Pade pukul 1900Hrs teman mule mandi dan bersiap untuk solat maghrib, sementare tunggu maghrib, teman mengaji le kejap. Dengor je azan, bersiap gi surau untuk solat. Balik solat maghrib, teman akan rehat sekali lagi dalam bilik sampai azan isya' berbunyi. Seperti biase lepas azan, teman akan ke surau. Balik surau, teman bersiap untuk tido dah, teman tido awal eheheh. Sebelum tido teman akan solat hajat dulu. Dan sebelum nak tido juge teman ambil wudhu' dan berzikir dan berdoa lah sekejap sebelum tido. Lepas tu teman pun tido lah...

Wasalam...

Kronologi Hidup:

0400Hrs - Bangun dan berqiamulail
0600Hrs - Bersiap untuk ke tempat kroje
0630Hrs - Mule bertolak ke tempat kroje
0650Hrs - Sampai ke tempat kroje
1700Hrs - Habis waktu kroje
1730Hrs - Mule balik dari kroje
1900Hrs - Bersiap solat maghrib dan mengaji
2000 - 2100Hrs - Solat Isya' dan sebagainye
2300Hrs - Mule masuk tido

Tazkirah

Assalamuaalaikum wbt

Disamping kite mendengar hikayat Si Daeng Jati, diselitkan juge tazkirah agar kite tidak lupe dengan Allah SWT. Janganlah kite berputus dengan tali Allah SWT, berpeganglah dengan kuat dan jangan lepas.

Baiklah, sempene malam Jumaat ni, teman bawekan satu hadis untuk dikongsi;

Nabi s.a w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu disebelah kanannya dan yang satu lagi disebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati….maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu." Dan pada satu Athar, ada disebutkan bahawa kedua Malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari Kiamat - jika ia seoarang kafir.

Anas r.a

HuraianPengajaran hadith:

i) Meskipun Allah S.W.T telah menugaskan malaikat-malaikat untuk menulis surat amal manusia namun ia bukanlah menafikan sifat Allah yang Maha Mengetahui segala yang lahir dan yang tersembunyi melainkan tujuannya adalah untuk melahirkan kebesaran kerajaan-Nya dan keadilan pemerintah-Nya.

ii) Gunanya surat (daftar) amal seseorang manusia itu adalah supaya ia dapat dilihat dan dibaca oleh orang itu sendiri pada hari kiamat kelak.

iii) Sesungguhnya malaikat ini tidak akan berpisah meskipun seseorang itu telah meninggal dunia, mereka diperintahkan Allah supaya tinggal tetap bersama seseorang itu di kubur, bertasbih, bertahmid dan berzikir hingga hari kiamat di mana pahala amal mereka akan ditulis dalam surat amal si mati itu.

iv) Hal ini dikecualikan bagi orang-orang kafir di mana para malaikat melaknat mereka hingga ke hari kiamat.

Kueh Raye


Ni pun dalam bulan ramadhan sebnonye. Mak bile dah pencen ni, mak buat kueh. Tu semue kueh mueh yang mak buat. Ye la siang hari, mase berkelapangan, mak buat kueh untuk hari raye. Disamping persiapan ala kadar rumah untuk menyambut raye. Gambo ni adik teman yang bongsu tengah makan kueh waktu malam lepas berbuke puase. Tak berbaju plak Asyraf ni erm...

Wednesday, May 28, 2008

Kereta Ku pule








Ni gambo kerete teman, teman baru tambah spoiler kat belakang tu. Saje ambik gambo buat kenangan. Spoiler tu hargenye lebih kurang RM 200 lebih termasuk catnye sekali. Seingat teman waktu ni dalam bulan Ramadhan, rasenye pertengahan bulan Ramadhan. Sebnonye dah lame nak pasang spoiler kerete ni, tapi tak berkesempatan. Akhirnye hari berkenaan saje berkesempatan nak buat. Teman gi ke kedai berkenaan dan buat tempahan, lebih kurang 5hari siap dan teman pasang terus. Nampak cantik gak dan kerete teman beraye juge tahun tu ehehehe...

Keluarga Ku II



Gambo di atas menunjukkan gambo mak dan adik perempuan teman yang sorang ni. Mak teman name dia Aizah Bt Abdul Aziz. Adik teman plak name dia Nurul Huda Bt Shamsudin. Pergamboran ni diambil di kawasan rumah teman. Kat tepi rumah yang ade pondok yang penuh bunge, tapi sekarang ni pondok itu sudah tiada dan kawasan ni dah disimen dan dipasang Awning bior redup skit.

Mak teman sekarang dah pencen dah, seorang pesara kakitangan awam PDRM, kroje pembantu tadbir. Sekarang mak jadi suri rumah sepenuh mase. Menguruskan rumah dan macam2 lagi. Hujung tahun ni mak dan ayah akan duk rumah la sebab dua-dua dah pencen nanti.

Adik teman, Nurul Huda sekarang berumor 24tahun. Dulu dia belajo di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam jurusan Kimia Industri. Sekarang dia menjadi cikgu kat sekolah ugame kat Kepala Batas kampung Pak Lah.

Keluarga Ku



Salam semue,

Kali ni teman nak criter pasal keluarge teman pule. Gambo di atas menunjukkan adik2 dan ayah teman dipagi raya tahun 2005 yang lalu. Bior teman kenalkan mereka ye. Bermula dari kiri ialah Muhamad Hanif, Ahmad Ikram, ayah teman (Shamsudin) dan akhirnye itu ialah Muhamad Asyraf.

Muhamad Hanif adalah anak kelima dari enam adik beradik. Sekarang dia berumor 18tahun dan sedang belajo di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh. Mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Ahmad Ikram pula anak yang ketiga. Umurnye sekarang ialah 23tahun dan sedang belajo di Poloteknik Port Dickson. Mengambil jurusan kejuruteraan elektronik komputer.

Muhamad Asyraf pula anak yang bongsu. Umurnye 16tahun dan sedang belajo di Sek. Men. Teknik. kat Ipoh (lupe la name skolah tu...)

Ayah teman Shamsudin Bin Osman, bekroje sebagai seorang guru kat Sekolah Menengah Batu Sepuluh, Lekir Sitiawan Perak. Ayah teman antara guru yang paling lama kat Sekolah tu sejak sebelum sekolah itu dibina sampai sekarang. Dulu mase tiada bangunan sekolah, pelajar2 sekolah menengah berkongsi sekolah dengan pelajar sekolah rendah. Bulan Ogos tahun ni ayah teman pencen dah....

Berjumpe selepas sekian lame

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lame teman memencilkan diri dari laman ini, kini teman telah kembali. Teman kembali pada tahun 2008. Kali ni banyak ceriter baru dan berbeze berlaku dalam hidup teman. Teman kini telah menjangkau umor 25 nak masuk 26 tahun dah. Pemikiran semakin matang dan rase macam dah tua dah....

Seperti biase teman masih bekroje di Kencana HL lagi, teman dah secara rasminye 2 tahun disni dan tak rasminye 3 tahun disini. Banyak ilmu dan pengalaman yang teman dapat. Dari peselisihan paham dengan Klien sehinggalah berjaye menjayakan project terbaru dengan jayenye hingge dapat pujian klien. Project yang akan datang, teman akan menguruskan HSE untuk projek besor, projek besor Petronas Carigali. 3 project dalam satu kontrak, iaitu Projek Dulang, Kinabalu dan Tangga Barat. fuh, besor sungguh projek. Pengalaman sebelum ini, teman pernah menguruskan HSE untuk projek Carigali Hess yang kirenye besor juge iaitu 3 topsides. Namun project Petronas ni lagi besor kerene 3 project berkenaan mengandungi topsides,jacket dan module. InsyaAllah dengan pengalaman yang ade teman akan menguruskannye dengan baik. Persediaan dan pengurusan akan dibuat dengan baik. HSE Plan tu penting!

Dan perancangan dan target teman untuk projek baru ini adalah untuk mengambil pengalaman Hook Up and Commisioning (HUC) Offshore. Dengan adenye pengalaman HUC dan tambahan pule tahun depan teman boleh mendaftar sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. Registered with DOSH, dapat green book. Maknenye teman akan jadi pengamal HSE yang terlatih dan berdaftar. Dengan adenye Green Book berkenaan teman boleh meluaskan jajahan teman dalam bidang minyak dan gas ini. Teman berazam untuk menceburkan diri dengan syarikat minyak dan gas terkemuka. (main oil and gas player) seperti Petronas, Shell dan sebagainye.

Selain itu, teman tak lupe nak melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi, setakat ini teman telah memohon untuk pengajian PJJ Uitm. Harap dapatlah teman melaksanakannye.

Tidak lupe juge perancangan teman untuk berumahtangga, teman sekarang tengah berusaha untuk menjadi lelaki soleh yang menjadi tunjang keluarge. Mendidik isteri dan anak2 dengan keperluan syariat islam.

Demikian lah serbe sedikit coretan spontan teman pada entry sulung kali ini.
waktu: pukul 1733Hrs 28/05/08 kat pejabat sebelum balik.

Friday, August 17, 2007


Tunggul kayu ditepian pantei. Teman mengambik gambo ni terpakse menirap untuk mendapatkan position yang sesuai. Banyak snap yang dibuat, bukan pe, nak pastikan gambo yang di'snap' tadi betui2 menetapi citerasi teman ni.

Ni gambo kucing yang sudi menemani teman mase ber'camping' aritu. Banyak betui kucing kat sini. Depe ni nak makan sebenonye, sebab tu memasing duk dekat2 dengan keme. Pantang lepe skit, ikan kene curi dengan kucing ni.


Gambo bunge kat umah teman. Maap le sebab semue gambo kat blog ni tak lawa sebab dah dikecikkan saiznye.



Ni sebahagian gambo2 di Teluk Senangin. Buat pengetahuan semue, Teluk Senangin ni kawasan pantai yang masih belum diterokai sepenuhnye orang orang2. Kawasan alam sekitarnye masih cantik dan semulejadi, cume ade beberape pembangunan rekreasi disini. Teman harap kawasan ni terpelihare keadaan alam sekitarnye. Kawasan Teluk Senangin ni berdekatan dengan Damai Laut Country Resort.

Gambo2 yang teman capture kat atas tu teman ambik mase teman gi camping dengan geng2 teman tu.

Sunday, August 12, 2007

Teluk Senangin






Salam semua, kali ini teman ingin berceriter tentang hobi teman pule, teman amat berminat dengan kegiatan rekreasi dan mengambil gambo. Teman suke dan cintekan alam sekitar, teman dahagekan kedamaian alam semulejadi ciptaan Allah. Dengan melihat kebesaran Allah, teman akan merase tenang dan kagum, Subhanallah.

Pade 11 dan 12 Ogos yang lalu, teman telah berkhemah di Teluk Senangin Perak. Teman ini adalah kawasan rekreasi pantai. Dahulunye kawasan ni adalah kawasan terpencil, hanya segelintir nelayan yang tinggal di sini. Tapi kini segalenye telah berubah.

Kawasan ni telah banyak tumbuhnye chalet2 yang cantik untuk aktiviti rekreasi pantai. Pengunjung juge boleh berkhemah di sini.
Teman dan kengkawan telah membuat perancangan untuk berkhemah selame semalam sahaje. Ianye adelah untuk suke2 sahaje, untuk melepaskan tekanan bekroje. Kami membawe sebuah khemah, makanan dan barang keperluan yang ringkas sahaje. Kami tidak membuat perancangan yang khusus, jadi memang banyak le bebarang yang tidak dibawe. Lagipun ianye kegiatan berkhemah, tak perlu nak selese sangat, kegiatan reakreasi ni dapat melatih kite hidup susah dan mengunekan ape yang ade.

Kami sampei di kawasan tapak yang sesuai untuk berkhemah dah maghib dah. Keadaan dah gelap. Tanpa melengahkan mase kami mule memasang khemah. Selesai memasang khemah, kami solat maghrib dahulu. selepas tu teman mule menyiang ikan yang dibeli tadi untuk dipanggang dan dimakan bersame nasi. Juadah kami malam tu ringkas, nasi berlauk ikan bako dan sardin. Ayo minum cube ayo kosong je, tapi alhamdulillah menyelerekan. Itulah nikmat makan dalam hutan ni. Sambil makan kami dihiburkan dengan angin pantai yang sepoi2 bahase. Nyaman sungguh. Selesai makan kami mengemas keadaan sekeliling. Kemudian kami berehat seketike sambil melihat kecantikan alam di waktu malam. Kelip2 menemani kami malam itu. Kucing2 juge bersame menemani kami malam itu. Kami bersembang sesame sendirik. Bile lagi nak bersembang dengan kengkawan. Kat opis memasing sibuk bekroje.
Ok lah, nanti teman sambung criter teman.

Saturday, August 4, 2007

Air Terjun



Setenang air yang mengalir menggamit ketenangan supaya hadir mengisi kekosongan diri ini.

Kesepian dan Sejarah

Salam semua,

Bertemu kembali kite setelah sekian lame teman menyepi. Setiap bulan sekali saje teman update teratak buruk bertiang seri ni.
Pade kali ni, teman tiade ape2 topik yang hendak dibincangkan. Tiade isu yang menarik. Bior lah teman spontan menaip ape yang terlintas dibenak fikiran teman. Ape yang teman sedan.g pikio kan sekarang ialah sejarah idup teman. Teman dulu seorang budak yang lembab dan sering dibuli oleh kengkawan mase di sekolah, teman ingat lagi sorang kawan teman ni menarik telinge teman sambil berlari, teman terpakse mengikut je budak tu tarik telinge teman sebab sakit kalo lawan. Teman peronah dipukui oleh kengkawan... erm

Sedih teman mengenangkan keadaan idop teman di zaman persekolahan. Tiade ape yang hendak dibanggekan untung dikenang seperti naik pentas terime hadiah, dapat nombor 1 dan sebageinye. Pade mulenye teman pikio ape lah nasib teman yang malang ni. Tapi sekarang bile dah beso baru le terpikio bahawe segale cabaran yang Allah beri tu bukan le untuk menyikse umatnye, teman rase kalo teman tak kene macam tu, diri teman takkan tabah macam ni.
Kesakitan mengajo kesabaran.

Ape yang boleh dibanggekan oleh teman pade zaman persekolahan bile masuk sekolah menengah. walaupun tak jadi pelajo cemerlang tapi boleh le idop serbe sedikit macam budak normal yang lain, cume effect oleh pengalaman tike sekolah rendah menyebabkan teman tak suke sangat berkawan. Suke menyendiri. Yang kelakonye teman waktu tu tak suke kawan dengan pompuan, nampak pompuan pun lari. Peronah satu tike kat sekolah menengah, sorang pelajo pompuan ni makan kat sebelah teman, teman mase tu tengah makan sanggup bangun pindah tempat lain. Dan juge ade kisah mase hari sukan, ade pompuan duk sebelah teman, teman bangun dan lari dari dia. Nak sembang ngan pompuan, jangan harap le...

Bile dah masuk universiti, sikap tu anti pompuan tu ilang le sikit walopun kurang juge kawan dengan pompuan, cume yang peliknye kawan2 teman lebih ramei pompuan dari lelaki.
Percaye tak? percaye lah.

Kat U juge lah teman ade kawan baik pompuan, name dia Maizatul Mastura, teman panggei Mimi je. Tak sangke plak kat U ade kawan pompuan, kawan baik plak tu. Dia selalu berkongsi sesame masalah dia, ade suatu ari tu dia memceritekan masalahnye kat teman sampei dia nangih, teman pun gabra le. Apsal plak tetibe je nangih ni, kat depan ramei orang plak tu, mase kat Kafe kolej kedianan 14 UPM. orang ingat keme bergaduh, couple bergaduh...

Teman rase malu plak, tapi tak baik le tinggeikan kawan teman tu sengsorang nangih kat situ. Teman nasihat le ape yang patut dan ape yang teman bleh tolong.

Keme juge selalu keluo makan sesame, kat kafe kolej 14. kekadang kongsi sup. erm... entah le kekadang bile pikio balik macam tak releven plak...

Sekarang memasing dah graduate. Mimi dah kroje kat Maybank. Aku menceburi bidang Oil and Gas. Mimi entah le bile nak kawin, bakal suami dia cikgu skolah, alhamdulillah. Mimi orang Parit Bunto, Perak. Bakal suami dia orang Ipoh, Perak

ok lah tu je coretan spontan teman untuk kolum ni.

Salam...

Sunday, July 1, 2007

Bunga


Keturunan Daeng Paroni Gembira Dengan Pengesahan Kubur Pahlawan

SUNGAI PETANI, 24 Jun (Bernama) -- Keluarga keturunan pahlawan Bugis terkenal Daeng Paroni yang menetap di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri di sini gembira dengan pengesahan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah mengiktiraf sebuah kubur lama di kampung Ekor Lubuk, sebagai makam pahlawan yang meninggal 282 tahun lepas.Setiausaha Persatuan Warisan Keturunan Daeng Paroni, Roshazliza Abdul Razak berkata Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah mengesahkan kubur lama di kampung Ekor Lubuk sebagai kubur Daeng Paroni pada Selasa lepas setelah keturunan pahlawan itu mengambil inisiatif mengesan kubur Daeng Paroni."Selepas warisnya berjaya mengesan perkuburan Daeng Paroni dan sekarang ia diiktiraf sebagai kubur beliau, kami sebagai keturunannya sangat gembira," katanya di sini hari ini.Anggota keluarga keturunan pahlawan Bugis turut menetap di beberapa daerah lain di Kedah dan Perak.Roshazliza berkata sebelum ini terdapat beberapa catatan menyebut pahlawan itu dikebumikan di Makam Diraja Langgar, di Kedah dan di Pulau Semantan, Riau."Pengesahan itu sudah tentu membanggakan kami yang menetap di kampung berkenaan," katanya.Mengikut catatan sejarah Daeng Paroni adalah keturunan lima wira bersaudara dari Kepulauan Riau. Beliau dan saudara yang lain Daeng Menambun, Daeng Chelak, Daeng Kemasi dan Daeng Merewah dijemput oleh Sultan Kedah ketika itu, Sultan Mohamad Jiwa untuk membantu mengembalikan takhtanya.Dalam peperangan yang pertama, Daeng Paroni berjaya mengalahkan musuh iaitu Raja Kecil, tetapi Daeng Paroni dibedil pada serangan yang kedua dan meninggal di Pinang Tunggal pada 1724.(Dalam sesetengah catatan pahlawan itu disebut sebagai Daeng Perani, tetapi persatuan itu menyatakan nama sebenarnya adalah Daeng Paroni).Roshazliza, 27, generasi kesembilan keturunan itu berkata waris keturunan Daeng Paroni dan empat lagi saudaranya itu menetap di beberapa negara termasuk Indonesia.Roshazliza berkata persatuan akan mengadakan perjumpaan keluarga secara besar-besaran tidak lama lagi dan mahu anggota keturunan lima bersaudara itu menghadirinya.Generasi pahlawan itu yang berminat menyertai perjumpaan keluarga itu boleh menghubungi Roshaliza di talian 012-579 1984 untuk maklumat lanjut.-- BERNAMA

Saturday, May 26, 2007

Kenduri Kahwin

Hari ni Ahad, 27 Mei 2007.

Teman kroje hari ni. Person in duty, datang opis pun boring je. orang tak de. jejalan site tengok aktiviti project. lepas jejalan, teman kembali ke opis dan main tenet. hari ni sesuatu yang boring. Hari ni projek Maari, Hercules sampei. Hercules ni flooting crane yang beso, milik Singapure. Crane ni sewaannye ikut jam. Memang kaye company tu wat bisnes. erm..maleh nak sembang hei2 kroje ni.

Hari ni jugak ade kenduri kawin sepupu teman kat kampung. teman tak dapat pergi sebab kroje. Sedey juge. nak datang malam ni le. Malam ni pengantin bukak hadiah. Teman gi kenduri kendare kawin ni bukan pe, selain tolong menolong kaum kerabat, dapat juge teman mengambik gambo2 yang best.

Malam semalam, ade upacare titik inei. pengantin pakei inei dan malam tu juge diserikan dengan permainan rebane. memang permainan rebane kampung teman ni best. lagu2 nye best. biase sepanjang malam depe main rebane. selagi tuan rumah sanggup sediekan makan minum. memang best, mau bergego rumah dibuatnye.

Disamping tu, pade malam tu juge, ade bersanding solo. pengantin wanite bersanding solo malam tu di dalam umah. sanak saudare menepung tawar dan berdoa. upacare tahlil dan khatam quran juge ade.

Tapi pade malam nitik inei ni, teman terlupe bawak bateri kamere. sedih tul.

ok lah sekian dulu untuk kali ni...