Friday, June 26, 2009

Perjalanan Ilmuku

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah

Hari ini saya ingin menceritakan berkenaan perjalanan ilmuku, insyaAllahutaa'la pada minggu depan saya akan berjumpa dengan penyelia projek, iaitu Prof. Dr. Mohd Sobri Takriff. Diharap projek ini dapat berjalan dengan baik dan dapat memberikan diri ini impak yang diingini seterusnya mempertahankan projek penyelidikan ini di hadapan panel Viva nanti InsyaAllah.

Saturday, January 31, 2009

Impianku & Siapakah dia?

Impianku ialah menjadi orang beriman
Disaluti rasa gerund dan takwa kepada Allah SWT
Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap islam
Solatku lambang maruah diriku
Ilmu sentiasa diburu, disebar dan diimarah
Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala
Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fisabilillah
Tidak takut berkata benar
Tidak pernah gentar melawan nafsu

Impianku ialah menjadi orang yang menjaga tutur kata
Tidak bermegah dengan ilmu di dada
Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan
Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sifat pemurah
Mempunyai ramai sahabat yang sentiasa bertambah

Impianku ialah menjadi orang yang sentiasa bersedia menjadi imam
Hidup di bawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah rasulullah
Mudah diajak berbincang dan berbicara
Sentiasa menundukkan pandangan
Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba
Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah

Impianku ialah peka dan opitimis akan masa yang sentiasa mencemburui
Mataku layu kerana rakus menelaah
Suaraku lesu kerana keletihan mengaji dan berzikir
Tidurku lena bertemankan cahaya keimanan
Bangunku subuh ibarat sang harimau kelaparan
Buah tahajjud dan air mata tangisan menjadi hidangan
Kerana usiaku lanjut meniti kematangan

Impianku ialah peringatan mati sebagai teman sejati
Kerana bagiku alam dunia adalah lading akhirat
Panorama kehidupan perlu dibajai dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal bercambah menjadi baka yang berkualiti
Meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian

Impianku ialah menjadi orang yang tak terlena dengan hambatan dunia
Kerana daku mengimpikan surga Firdausi
Di situlah rumah kekal abadi
Kerana aku ingin membawanya bersama
Siapakah Dia?

Dipetik dari laman Forum Komuniti Ukhwah.com