Thursday, November 13, 2008

Coretan 2 Rasa

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah

Berdetik-detik lamanya saya tidak menulis di laman coretan diari ini. Mulai saat ini saya akan menggunakan Bahasa Melayu Standad.

Baiklah untuk sekian kalinya, ingin saya coretkan perkara yang berlaku hari ini. Hari ini terdapat dua (2) situasi perasaan yang berbeza bagi saya. Perasaan yang gembira dan suram. Pertamanya izinkan saya mencoretkan ekspressi perasaan gembira.

Saya gembira kerana dua (2) perkara,

Pertamanya sahabat ukhwah saya akan bertukar status dari Bujang kepada Suami. Alhamdulillah, saya doakan segalanya lancar. Isterinya pula adalah bagi saya, saya anggap sebagai seorang adik kerana beliau sentiasa bercerita masalahnya dengan saya.

Perkara gembira keduanya ialah, berkaitan 'Journalist', ada seseorang akan menjadi 'Journalist' muda yang berbakat. Alhamdulillah, diharap segalanya akan berjalan dengan lancar. Dalam usia yang muda, sudah bermula bermain dengan pena. Saya teringat sepotong kata mutiara 'Mata pena lebih tajam dari mata pedang'. Signifikan pena dengan hal ehwal manusia amatlah besar. Sekali coretan boleh mengubah segalanya. Dari kawan kepada musuh dan dari musuh kepada kawan. Apa yang lebih penting sebagai seorang muslim, etika dan adab itu yang penting. Ditakuti sebarang kesilapan ilmu, kesan yang besar akan berlaku.

Apa-apapun, saya kagum dengan semangat beliau. InsyaAllahutaa'a titisan air yang menitis di batuan keras akan meninggalkan kesan lekuknya juga. Suka saya berkali-kali mengulang kata-kata semangat diri ini iaitu 'Berpegang pada tali Allah SWT, ianya tidak akan putus'

Seterusnya saya akan mencoretkan peristiwa sedih pula, tadi di pejabat saya telah ditengking oleh orang besar. Bukan tak pernah saya kena begitu, tapi sebagai seorang manusia, terkesan jugalah dihati ini. Siapa tak tersentuh bila ditengking. Apa pun adat bekerja, ada masa gembira dan tertekan. Ingin saya bercerita pada saat bermulanya saya bekerja dan baru bergelar pekerja, selalu sangat dimarah dan ditengking. Saya tidak pandai mengawal perasaan ketika itu. Tambahan pula saya ini seorang lelaki yang sememangnya berdarah muda, lepas kena marah saya akan tarik muka dan memberontak. Pernah sekali saya baling fail dan memarahi setiausaha Jabatan. Kasihan pula saya kenangkan kisah itu. Namun, kini saya sudah mula menyerap segala itu dan mengambil pengalaman darinya. InsyaAllahutaa'la, kali ini saya lebih terkawal.

Itulah serba sedikit kisah yang ingin saya coretkan untuk kali ini.

No comments: